suria

Rosman Isli Menang Tanpa Bertanding Ketua Umno Bahagian Labuan

LABUAN: Anggota Parlimen Labuan Rosman Isli menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan selepas Datuk Suhaili Abd Rahman gagal melayakkan pencalonannya untuk pemilihan parti 19 Oktober ini.

Rosman yang juga Setiausaha bahagian diisytiharkan memenangi jawatan itu selepas pencalonan Suhaili yang juga bekas Anggota Parlimen Labuan dan ketua bahagian ditolak Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Rosman berkata kemenangan itu akan membolehkannya memberi lebih fokus kepada jentera parti dan memulihkan keyakinan kepada hala tuju kepimpinan.

"Kemenangan ini bukan untuk dibanggakan tetapi satu laluan kepada saya untuk memantapkan parti dan memastikan Umno Labuan seiring dengan hala tuju Umno pusat," katanya pada Khamis.

Setiausaha Kerja Umno Labuan Taib Kassim berkata keputusan itu diterima daripada Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.

Katanya jawatan Timbalan Ketua Bahagian menyaksikan persaingan antara Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Bashir Alias dan Ketua Umno Cawangan Lubok Temiang Alias Hussin. - BERNAMA

Artikel Lain