suria

Pemancing Temui Mayat Lelaki Bogel Dalam Sungai Perai

BUTTERWORTH: Sekumpulan pemancing terkejut selepas mendapati beberapa ekor burung sedang mematuk dan memakan sesuatu yang sedang terapung di Sungai Perai, di sini rupa-rupanya mayat seorang lelaki.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 5 petang, seorang daripada pemancing berkenaan yang tidak menyangka burung itu sedang mematuk mayat, menghampiri kawasan itu dan mendapati ada mayat terapung di situ.

Selepas menyedari terdapat mayat, mereka menghubungi polis memaklumkan kejadian itu dan sepasukan polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian.

"Mayat lelaki tanpa sebarang pakaian itu sudah kembung dan dipercayai dia mati sejak tiga hari lepas. Tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Katanya mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain