suria

Obama Akan Lawat Malaysia Pada Masa Akan Datang - Kerry

John Kerry
John Kerry
John Kerry

KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara hebat dan memberi jaminan bahawa Presiden Barack Obama akan melawat negara ini pada masa akan datang.

Obama yang dijadualkan untuk berucap pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di sini, diwakili oleh Kerry kerana beliau perlu menyelesaikan kemelut pentadbiran negara itu.

Kerry berkata Obama kecewa kerana tidak dapat hadir kerana beliau amat komited untuk menjadikan sidang itu sebagai platform bertukar pandangan dan idea antara pemimpin dan usahawan perniagaan global.

"Persidangan ini amat dekat di hati Presiden Obama.

"Saya yakin anda memahami kemelut yang menyebabkan Obama tidak dapat hadir.

"Saya meyakinkan anda semua bahawa dia akan melawat Malaysia dalam masa terdekat," kata Kerry.

Artikel Lain