suria

Laporan Audit: Tidak Seteruk Tahun Sebelumnya - Pengerusi PAC

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menunjukkan penambahbaikan kerana ia tidak mengandungi sebarang kes 'sensasi' berbanding tahun sebelumnya.

"Kali ini, kita tidak lihat sebarang skandal seperti kes Projek Fidlot Nasional (PFN) dan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Ini satu kemajuan," kata Nur Jazlan pada forum anjuran akhbar Sinar Harian di sini, Khamis.

Beliau berkata kecuaian pasukan polis ketika mereka dengan rekod kehilangan aset bernilai RM1.3 juta seperti yang dilaporkan dalam laporan audit tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia boleh mengurangkan motivasi anggota polis ketika menjalankan tugas mereka.

Tapi orang di luar menjadi isu ini sebagai bahan jenaka kepada pihak polis. Bila orang mencemuh mereka dengan cara sebegitu anggota polis boleh hilang minat untuk melaksanakan tugas mereka menjaga keamanan negara," kata Nur Jazlan, yang menyebabkan sebahagian hadirin menyatakan rasa tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Ahli Parlimen Pulai itu, menegaskan kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kelemahan sejak laporan audit tersebut diumumkan.

"Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek secara sukarela akan memberi penjelasan kepada PAC mengenai tindakan kementerian itu menjemput selebriti terkenal K-Pop untuk membuat persembahan pada satu majlis tahun lalu. Ini kali pertama seorang menteri berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk orang awam mengadili pihak yang diketengahkan dalam laporan audit tersebut sebelum siasatan sebenar dijalankan.

"Undang-undang negara ini menetapkan setiap orang tidak bersalah hingga dia terbukti bersalah. Di mahkamah awam, mereka didapati bersalah hingga terbukti tidak bersalah. Ini sudah pasti bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Bagaimana pandangan Nur Jazlan itu dipatahkan oleh Ahli Jawatankuasa PAC, Tony Pua.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata pihak polis sepatutnya mempunyai peraturan tertentu ketika melaksanakan tugas, termasuk kerja pemerolehan bagi mengukuhkan pasukan mereka.

"Jika mereka sendiri tidak boleh mengawal apa yang berlaku dalam pasukan mereka sendiri, saya bimbang orang awam akan mula bimbang mereka tidak dapat menjaga keselamatan mereka. Rakyat akan hilang kenyakinan terhadap pasukan polis," katanya.

Forum berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Antarabangsa dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan.

Artikel Lain