suria

Kempen Memburuk-Burukkan Lawan: Saya Telah Lalui Semua Itu - Khairy

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ucapan pada majlis ramah mesra bersama Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Sepang pada Khamis. -Foto BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ucapan pada majlis ramah mesra bersama Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Sepang pada Khamis.
-Foto BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ucapan pada majlis ramah mesra bersama Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Sepang pada Khamis. -Foto BERNAMA

SEPANG: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak takut dengan dakwaan daripada lawannya yang mengugut untuk membuat laporan salah guna kuasa terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tidak ada yang luar biasa kepada saya. Saya telah melalui semua ini sebelum ini dan saya dapat mengatasinya.

"Saya tidak suka dengan kempen yang memburuk-burukkan lawan dan jika ada laporan yang dibuat, saya agak gembira untuk memberi jawapan kepada tuduhan yang dibuat kepada sesiapa sahaja, (sama ada) jawatankuasa disiplin atau SPRM.

"Mereka sepatutnya cuba menyusun atur visi alternatif dalam usaha memperbaiki diri berbanding membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap saya. Ini bermakna mereka sendiri mempunyai kekurangan dalam kempen mempromosikan diri mereka," kata Khairy pada Khamis.

Khairy yang akan mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti Sabtu ini, menolak semua tuduhan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

Seorang lagi calon, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail berkata dia akan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan Khairy menyalahgunakan kedudukannya dalam Kabinet dan harta benda kerajaan pada kempen pemilihan parti.

Syed Rosli, yang juga pemimpin Umno bahagian Pandan turut bersaing untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno bersama-sama Khairy dan tiga yang lain turut membuat laporan yang sama kepada jawatankuasa disiplin parti awal minggu ini.

Artikel Lain