Isu Wahhabi: Mahkamah Tolak Saman RM1 Juta Pensyarah Terhadap Penulis Blog

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat menolak dengan kos permohonan saman RM1 juta yang difailkan seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap seorang bekas pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berhubung isu fahaman 'Wahhabi' yang diterbitkan dalam sebuah blog yang didakwa memfitnahnya.

Hakim Datuk Wira Halijah Abbas membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif, Dr Azwira Abdul Aziz, 45, gagal membuktikan kesnya berada atas imbangan kebarangkalian.

Dalam saman yang difailkan pada 18 Jun 2009, Azwira menamakan Zamihan Mat Zin, 37, bekas penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, ILIM, yang juga pemilik blog al-ghari.blogspot.com sebagai defendan.

Azwira menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000, ganti rugi pengajaran sebanyak RM500,000, faedah, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Azwira berkata Zamihan telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Kisah Lama dari UKM" di blog berkenaan pada 6 Mac 2008, yang mengandungi kenyataan mengaitkan beliau dengan fahaman Wahhabi yang didakwa tidak benar dan berunsur fitnah.

Katanya, perkataan-perkataan dalam artikel terbabit antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang bermetodologi Salafi Al Wahhabi dan amat taksub terhadap fahaman Wahhabi serta seorang yang membawa ajaran yang sesat.

Azwira berkata penerbitan artikel itu telah menjatuhkan maruahnya di sisi umum khususnya kepada masyarakat beragama Islam.

Katanya beliau sebelum ini, melalui surat peguam caranya bertarikh 11 Mei 2009, menuntut defendan membuat satu kenyataan memohon maaf secara bertulis dan ganti rugi sebanyak RM500,000, namun defendan telah gagal, cuai dan/atau enggan berbuat demikian.

Dalam pernyataan pembelaannya, Zamihan yang kini penolong setiausaha di bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri antara lain berkata plaintif telah membuat salah tafsiran tentang kepercayaan yang dipegangnya dan sememangnya plaintif perlu disedarkan.

Mengenai kecederaan yang didakwa dialami plaintif berhubung tindakan beliau, Zamihan berkata jika adapun ia adalah akibat daripada tindak tanduk plaintif sendiri dalam menulis dan/atau menyatakannya di mana-mana dengan memberi pandangan tidak tepat tentang ilmiah sesuatu isu yang diketengahkan.

Azwira diwakili peguam Adnan bin Seman @ Abdullah sementara Zamihan diwakili peguam Azmi Mohd Rais dan Ilyani Noor Khuszairy.

-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia