suria

Empat Penjenayah Ditembak Mati

KUALA LUMPUR: Empat penjenayah ditembak mati di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang Putra kira-kira pukul 12.2 tengah hari Jumaat.

Penjenayah terbabit melepaskan tembakan ke arah polis yang melakukan serbuan ke kediaman mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata polis memburu penjenayah itu selepas mereka merompak sebuah rumah orang kenamaan (VIP) di Bukit Antarabangsa pada pukul 3.30 pagi Jumaat.

Difahamkan keempat-empat penjenayah itu yang sering menjadikan rumah VIP sebagai sasaran, mungkin dalang di sebalik kes rompakan rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini.

Artikel Lain