Hujan Lebat Akibatkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang - Semasa | mStar

Hujan Lebat Akibatkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

Sebuah kereta terpaksa meredah banjir kilat susur masuk lebuh raya Besraya berhampiran Kampung Malaysia Tambahan menghala Kuala Lumpur setelah hujan lebat sejak awal petang Khamis. Foto IHSAN: UTUSAN/KOSMO
Sebuah kereta terpaksa meredah banjir kilat susur masuk lebuh raya Besraya berhampiran Kampung Malaysia Tambahan menghala Kuala Lumpur setelah hujan lebat sejak awal petang Khamis. Foto IHSAN: UTUSAN/KOSMO

PETALING JAYA: Ribut petir disertai hujan lebat yang turun lebih kurang satu jam bermula pada pukul 4 petang Khamis menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.

Jalan berhampiran Tugu Negara menghala ke Padang Merbok menghala ke Bank Negara tidak dapat dilalui ekoran ditenggelami banjir.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan Cheras dihadapan Leisure Mall dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, Taman Wahyu dan bulatan Sungai Besi ke TUDM.

Di NKVE, satu kemalangan berlaku di KM.20 arah Bukit Lanjan ke Kota Damansara di laluan kecemasan menyebabkan trafik bergerak sangat perlahan.

Di laman twitter, Chee Yih Yang, melaporkan kawasan pembinaan MRT bertentangan dengan Phileo Damansara di Seksyen 16, Petaling Jaya telah menyebabkan banjir lumpur di laluan jalan menghala ke Kuala Lumpur.

Dia berkata pokok tumbang di laluan kiri LDP sebelum KDU berhampiran Damansara Jaya menyebabkan kesesakan bagi pengguna yang mahu ke Kepong.

Menurut tweet Lembaga Lebuhraya Malaysia pada pukul 6.05 petang, trafik di LDP secara keseluruhannya bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Satu lagi tweet pada pukul 6.15 petang, LLM berkata semua lebuh raya BESRAYA, NPE, SILK dibuka selepas insiden banjir kilat yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun keadaan trafik dilaporkan masih bergerak perlahan.

Pada pukul 6.33 petang, satu lagi tweet LLM melaporkan, trafik di lebuh raya ELITE dari Shah Alam/NKVE menghala ke USJ dan dari Putrajaya ke USJ juga bergerak perlahan.

PLUS pula melaporkan trafik bergerak perlahan dari tol Subang menghala ke Glomac dan dari Putrajaya menghala ke Putra Heights.

PLUS berkata keadaan trafik turut bergerak perlahan dari Jalan Duta ke Bukit Lanjan dan Subang ke Bukit Lanjan.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain