suria

Guan Eng Enggan Komen Peletakan Jawatan Goh, Lim

GEORGE TOWN: Kepimpinan tertinggi DAP masih belum menerima surat peletakan jawatan daripada Pengerusi DAP Melaka dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri itu, kata Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng pada Rabu.

Goh Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong pada Selasa dilaporkan meletak jawatan kerana tidak sepakat dengan ahli pembangkang lain.

Timbalannya yang juga Adun Bachang, Lim Jak Wong turut dilaporkan mengikut jejak langkah Goh.

"Saya telah berhubung dengan Pengerusi DAP Karpal Singh dan beliau juga masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mereka.

"Saya akan mengulas mengenai peletakan jawatan itu selepas menerima surat mereka. Saya tidak mahu bergantung kepada laporan media berhubung perkara ini," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Universiti of Hull dan Kolej ALC di sini.

Artikel Lain