Dinding Pusat Beli-Belah Di Jitra Runtuh - Semasa | mStar

Dinding Pusat Beli-Belah Di Jitra Runtuh

JITRA: Dinding sebuah pusat membeli-belah di Kompleks Perindustrian Bandar Darul Aman di sini yang baru beroperasi Julai lepas, runtuh pada Selasa.

Ketika kejadian pada pukul 8.40 pagi, pusat beli-belah Borong C-Mart itu belum dibuka.

Tiada kecederaan dilapor.

Abdul Rohim Talib, 33, yang juga pekerja penyelenggara pusat beli-belah itu berkata mereka masuk ke pusat beli-belah itu kira-kira pukul 8 pagi untuk membuka lampu dan pejabat.

"Ketika menjalankan rutin harian kami itu, kami terdengar bunyi retakan sebelum nampak siling runtuh kira-kira lima meter dari tempat saya berada.

"Saya dan rakan lari keluar menggunakan pintu berhampiran. Masa berada di luar saya lihat dinding dan bumbung runtuh. Syukur kami selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Zahari Ismail berkata bangunan itu tidak selamat untuk diduduki dan semua aktiviti perniagaan diarah tutup serta merta.

Beliau berkata pemilik bangunan itu sebelum ini memperoleh kelulusan merancang untuk membina gudang dan menyalahguna kelulusan dengan mendirikan bangunan komersial untuk dijadikan pusat membeli-belah.

Zahari berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik bangunan itu kerana melanggar syarat yang ditetapkan.

"Gudang yang runtuh dan beberapa lot premis perniagaan dalam kawasan perindustrian ini kami arahkan tutup serta merta bagi membolehkan kami dan agensi berkaitan melakukan kajian taknikal," katanya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Jitra Mohamad Darus berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.55 pagi dan mengerahkan 10 anggota untuk ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohd Yusuf pula berkata polis menggerakkan lebih 20 anggota untuk mengawal kawasan itu bagi mengelak berlaku kecurian.

Kawasan itu juga ditutup kepada orang ramai untuk mengelak sebarang kejadian buruk, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Dinding Pusat Beli Belah di Jitra, Runtuh

Artikel Berikut

Dua Maut Nahas Di Maran

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa