Paip NGV Bocor, 482 Pekerja Diarah Kosongkan Premis - Semasa | mStar

Paip NGV Bocor, 482 Pekerja Diarah Kosongkan Premis

MELAKA: Sejumlah 482 pekerja tiga kilang dan sebuah gudang diarah keluar dari premis berkenaan berikutan kebocoran saluran paip gas asli kenderaan (NGV) bawah tanah berdepan Gudang Simpanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Wilayah Selatan di kawasan perindustrian Ayer Keroh pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata dalam insiden pada 10.15 pagi itu, pekerja Kilang Mintye, Cergill Feed, Rock Wood dan Gudang Simpanan TNB diarah berada kira-kira 400 meter dari lokasi kebocoran sebagai langkah keselamatan serta pencegahan terhadap risiko percikan api yang boleh menyebabkan letupan.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan keempat-empat premis terpaksa menghentikan operasi masing-masing kira-kira dua jam.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika kerja pemasangan longkang oleh kontraktor dilantik Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya menggunakan jengkaut terkena saluran paip NGV di bawah tanah sehingga menyebabkan kebocoran sebesar kira-kira tiga inci," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Bagaimanapun, Salehhudin berkata kebocoran itu dapat dikawal sepenuhnya pada 1.30 petang selepas kerja penutupan saluran paip NGV dilakukan kontraktor Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) dan pekerja terbabit kemudian dibenar kembali ke premis masing-masing.

Beliau berkata kerja penyambungan saluran paip bagi menggantikan kebocoran akan dilakukan dalam masa terdekat oleh Gas Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Kamarulzaman Mohd Din berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.18 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian bersama dua jentera, termasuk Pasukan Unit Bahan Bahaya (Hazmat), dengan kekuatan 20 anggota serta pegawai dari Balai Bomba Ayer Keroh.

Beliau berkata operasi mengawal gas jenis UN 1971 itu daripada merebak bermula pada 10.30 pagi menggunakan teknik semburan air bagi meminimumkan tekanan gas.

"Arahan penutupan operasi dan pengosongan premis dilakukan pada 11.45 pagi sebagai langkah pencegahan apabila kadar gas di udara dikesan berada pada tahap bahaya melebihi 10 peratus," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata saluran paip NGV itu menyalurkan bekalan gas ke 11 kilang sekitar kawasan berkenaan untuk kegunaan industri dan nilai kerugian masih disiasat.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain