suria

Kerajaan Peruntuk Subsidi RM296 Juta Seragam Harga Barang

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntuk subsidi sebanyak RM296 juta bagi menanggung kos pengangkutan barang ke luar bandar di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk penyeragaman harga barang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Hanipah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM60 juta diperuntuk bagi penghantaran produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Coop 1Malaysia dan produk keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Beliau berkata ia adalah usaha kerajaan bagi menyeragamkan harga barang keperluan asas termasuk barang kawalan bersubsidi di seluruh negara tahun ini.

"Melalui penyeragaman ini, peniaga tiada alasan lagi untuk menaikkan harga barang keperluan sesuka hati kerana kos penghantaran yang menjadi sebab kenaikan harga barang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang ingin tahu jumlah peruntukan untuk menyeragamkan harga barang dan perkhidmatan di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak, berbanding di kawasan bandar di Semenanjung.

Justeru itu, Ahmad Bashah berkata program penyeragaman harga berjaya memberi faedah kepada anggaran 44.5 juta penduduk di kawasan luar bandar terutama di Sabah, Sarawak dan Labuan, serta beberapa kawasan di Semenanjung.

"Program ini juga telah menstabilkan bekalan barang dan harga runcit barang kawalan dijual pada harga yang ditetapkan oleh kementerian," jelas beliau.

Kepada soalan asal Dr Koh, Ahmad Bashah berkata kerajaan mengambil beberapa langkah untuk menyeragamkan harga barang keperluan bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan sama seperti di Semenanjung.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi untuk tujuh barangan iaitu petrol RON95, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak berasaskan kelapa sawit, beras, gula dan gandum sejak 2009.

Kepada soalan senator Datuk V. Subramaniam, Ahmad Bashah berkata 390,659 pemeriksaan dibuat ke atas peniaga dalam Ops Harga di seluruh negara mulai 6 Julai hingga semalam.

Beliau berkata ia membawa kepada 2,917 kes diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bagi tempoh sama, sejumlah RM814,451.53 nilai barangan dirampas manakala kompaun berjumlah RM249,000 dikeluarkan, katanya. "Kementerian secara berterusan menjalankan pemantauan untuk mengesan sebarang kenaikan harga di pasaran. Selain itu, kementerian juga menekankan kepada pembentukan kesedaran dalam kalangan pengguna akan tanggungjawab mereka dalam mengekang kenaikan harga barang," katanya.

Menyentuh restoran yang menaikkan harga minuman dan roti canai sesuka hati, Ahmad Bashah meminta kerjasama pengguna untuk melaporkannya kepada kementerian supaya pemantauan khusus dibuat ke atas premis terbabit.

Kepada soalan senator Datuk V. Subramaniam, Ahmad Bashah berkata 390,659 pemeriksaan dibuat ke atas peniaga dalam Ops Harga di seluruh negara mulai 6 Julai hingga semalam.

Beliau berkata ia membawa kepada 2,917 kes diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bagi tempoh sama, sejumlah RM814,451.53 nilai barangan dirampas manakala kompaun berjumlah RM249,000 dikeluarkan, katanya. "Kementerian secara berterusan menjalankan pemantauan untuk mengesan sebarang kenaikan harga di pasaran. Selain itu, kementerian juga menekankan kepada pembentukan kesedaran dalam kalangan pengguna akan tanggungjawab mereka dalam mengekang kenaikan harga barang," katanya.

Menyentuh restoran yang menaikkan harga minuman dan roti canai sesuka hati, Ahmad Bashah meminta kerjasama pengguna untuk melaporkannya kepada kementerian supaya pemantauan khusus dibuat ke atas premis terbabit. -BERNAMA

Artikel Lain