suria

Calon SPM Boleh Muat Turun Tema Umum Sejarah 3

KUALA LUMPUR: Semua calon termasuk calon persendirian yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh memuat turun tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3).

Dalam kenyataan di sini Selasa, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan memaklumkan pelajar boleh berbuat demikian melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my/lp.

Ia bagi membolehkan calon membuat persediaan sebelum peperiksaan bertulis SPM 2013 dilaksanakan pada November, menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Artikel Lain