suria

Genneva: Penggangur Wanita Didakwa Terlibat Penggubahan Wang Haram Bernilai RM1.1 Juta

SHAH ALAM: Seorang penggangur wanita berusia 29 tahun merupakan individu terbaru yang didakwa terlibat dengan 19 tuduhan penggubahan wang haram bernilai RM1.1 juta yang mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Ng Wan Yean, anak kepada penasihat penasihat bisnes Genneva, Datuk Ng Poh Weng didakwa terlibat dengan penggubahan wang haram kerana menerima keuntungan yang tidak sah daripda Genneva Malaysia Sdn Bhd dan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun miliknya, CIMB Bank Bhd di Jalan PJU1/3F, Sunwaymas Commercial Centre, Petaling Jaya dekat sini antara 18 Julai 2011 dan 28 Ogos 2012.

Ng bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Noradidah Ahmad Hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan Ng menyerahkan pasportnya.

Ng dijangka akan didakwa dengan beberapa lagi tuduhan tengah hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ayahnya, 63 tahun, adik perempuannya, 34, dan adik lelakinya Ng Yee Yaw, 32, masing-masing didakwa atas tuduhan yang sama minggu lalu di Mahkamah Sesyen di sini dan di Kuala Lumpur.

Artikel Lain