Ali Rustam Antara Empat Angkat Sumpah Senator - Semasa | mStar

Ali Rustam Antara Empat Angkat Sumpah Senator

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara di Kuala Lumpur pada Isnin -Foto BERNAMA
Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara di Kuala Lumpur pada Isnin -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam adalah antara empat individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Tiga lagi ialah Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Datuk Yahaya Mat Ghani, 55, Timbalan Ketua Umno Putrajaya Datuk Khairudin E.S. Abd Samad, 59, dan Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin, 44.

Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Ali, 64, diusul oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka Rabu lepas dan dipersetujui oleh 20 daripada 28 anggota dewan.

Mohd Ali menjadi ketua menteri Melaka selama 13 tahun sehingga pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas.

Pada Ogos lepas beliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara, Abu Zahar menginggatkan anggota dewan agar berusaha memahami, menghayati, mempertahan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menasihati mereka supaya tidak sesekali melanggar dan mengingkari sumpah setia yang telah dilafazkan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?