suria

TPPA Mungkin Tidak Dimuktamadkan Tahun Ini - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersama Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper mengadakan sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dua hala Malaysia-Kanada di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Ahad.
 -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dijangka mengambil masa yang lebih panjang untuk dimuktamadkan daripada tempoh akhir tahun yang disasarkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Akhir tahun ini adalah tempoh masa yang amat singkat," katanya.

Najib berkata ketua-ketua negara yang terlibat dalam TPPA akan bertemu pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali minggu depan untuk terus berbincang tentang kebolehlaksanaan tempoh masa itu.

"Kami akan berbincang di Bali dan kami akan tahu jika tempoh masa itu sesuai,"

"Tetapi kami merasakan bahawa ia mungkin mengambil masa yang lebih panjang daripada akhir tahun," katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Stephen Harper di sini Ahad.

TPPA, satu perjanjian dagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh 13 negara termasuk Malaysia, adalah satu perjanjian yang bertujuan menangani isu-isu dagangan baharu pada Abad ke-21.

Harper tiba di Malaysia pada Jumaat untuk lawatan kerja tiga hari dan akan ke Bali hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak APEC.

Ini adalah lawatan pertamanya ke Malaysia sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri Kanada pada Februari 2006. - BERNAMA

Artikel Lain