suria

Suami Kepada Wanita Ditemui Mati Tergantung Dalam Almari Pakaian Dibebas Dengan Ikan Jamin - Polis

KUALA LUMPUR: Suami kepada seorang wanita yang ditemui mati di dalam almari pakaian dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan pada Sabtu berkata, kematian wanita itu kini diklasifikasikan sebagai bunuh diri dan akan disiasat sebagai kematian mengejut.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa dia (suami) terlibat dalam kematian isterinya," katanya ketika dihubungi.

Wanita yang berumur 46 tahun itu didapati tergantung di dalam almari pakaiannya di sebuah apartmen di Bandar Manjalara pada 26 September lalu.

Dilaporkan bahawa mayatnya ditemui oleh suaminya dalam lingkungan 50-an, sekembalinya pada kira-kira pukul 11 pagi.

Wanita itu tinggal bersama suami dan seorang anak lelaki daripada hasil perkahwinan sebelum ini.

Polis yang tiba di tempat kejadian pada waktu tengah hari mendapati mayat telah diletakkan di atas katil.

Suami wanita itu mendakwa dia telah mengeluarkan mayat isterinya dari almari pakaian dan meletakkannya di atas katil.

Suaminya ditahan oleh pihak polis sehari selepas kejadian itu.

Satu bedah siasat kemudian mendedahkan wanita itu meninggal dunia akibat tercekik kerana menggantung diri.

Artikel Lain