suria

Lelaki Tidak Dikenali Lepas Tembakan Ke Arah Kedai Kereta

BUTTERWORTH: Seorang lelaki tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kedai kereta di Jalan Kampung Paya off Jalan Kampung Gajah di sini.

Dalam insiden kira-kira pukul 3 pagi Sabtu itu, lelaki tersebut yang memakai topi keledar keluar dari sebuah kereta dan melepaskan tembakan ke arah pintu kedai terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh mengesahkan insiden itu dan memberitahu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian," katanya.

Artikel Lain