suria

Gadis Dari Malawi Ditahan Seludup Dadah

GEORGE TOWN: Seorang gadis berusia 17 tahun dari Malawi ditahan kerana cuba menyeludup dadah dipercayai syabu ke negeri ini.

Pasukan polis dari bahagian narkotik menahannya di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas perasan tingkah lakunya yang mencurigakan.

Imbasan pada bagasinya mendapati sebuah beg kecil yang mengandungi dua paket syabu seberat kira-kira 4.8 kilogram dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi Sabtu.

Gadis itu telah ditahan untuk membantu memudahkan penyiasatan.

Jurucakap polis enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berterusan.

Artikel Lain