suria

Ahmad Shabery Alu-Alukan Cadangan Adakan Perbahasan Enam Calon Naib Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengalu-alukan cadangan supaya diadakan perbahasan serentak di kalangan keenam-enam calon naib presiden yang akan bertanding pada pemilihan Umno 19 Oktober ini.

Bagaimanapun,timbalan ketua Umno bahagian Kemaman, Terengganu ituberkataia perlu dibuat dalam bentuk forum yang membenarkan setiap calon mengemukakan pandangan masing-masing.

Cadangan diadakan perbahasan itu dibuat bekas Timbalan Presiden UmnoTun Musa Hitamyang menganggap ia bersesuaiandengan transformasi Umno dalam sistem pemilihan baharunya.

Menurut Ahmad Shabery, kementerian sudah mengatur program bual bicara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) danBernamaTV untuk semua calon naib presiden itu mengemukakan pandangan.

Bercakap kepada BernamaTV dari Cannes, Perancis, Ahmad Shabery yang berada di sanauntuk mengetuai delegasi industri filem negara, berkataRTMakan menampilkan calon-calon itusecara serentak.

Bagi BernamaTVpula, iaakan menyiarkan perbahasan itu bermula 10 malamuntuk dua malam berturut-turut, 15 dan 16 Oktober.

Iadidahuluidengan tiga pencabar iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Padamalam berikutnya, giliranketiga-tiga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Ahmad Shaberyberkata BernamaTV,yang juga penyiar rasmipemilihan Umno 2013, telah mengadakan lintas langsung dan bual bicara serta program bual bicara sejak 21 Sept lepas ketika majlis penyerahan borang oleh calon.

BernamaTV kini menyiarkan dua program iaitu Ruang Bicara dan Bicara Calon masing-masing selama satu jam dan setengah jam pada 10 malam dan 11 malam setiap hari. Temuramah termasuk calon ketua ketiga-tiga sayap. Ruang Bicaramenampilkancalon ketiga-tigasayap, Pemuda, Wanita dan Puteri dan calon Majlis Tertinggi, diadakan setiap hari mulai 30 September.

Ia menampilkandua atau tiga tetamu yang ditanya mengenai topik tertentu berkaitan politik, isu semasa dan ekonomi.

Program Bicara Calon pula memberi peluang kepada calon-calon ketiga-tiga sayap untuk mengemukakanpandangan masing-masingapa yang mereka akan lakukan jika terpilih nanti.

Setakat ini sebanyakenam episodRuang bicara telah disiarkan selaintiga episod Bicara Calon.

Kedua-dua program itu akan disiarkan sehingga hari pemilihan ketiga-tiga sayap parti pada 12 Oktober dan pemilihan majlis tertinggi pada 19 Oktober.

BernamaTVjuga akan menyiarkan secara langsung proses pengundian di dua Umno bahagianpada 12 dan 19 Oktober.

Ahmad Shabery juga menasihati calon-calon sayap parti supayadatangke pejabat BernamaTVuntuk merakam pandangan mereka.

BernamaTV dan RTM juga akanmenjemput Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibual bicara pada 17 dan 18 Oktober ini. -BERNAMA

Artikel Lain