Penyelam Ditemui Mati Lemas Di Pulau Tioman - Semasa | mStar

Penyelam Ditemui Mati Lemas Di Pulau Tioman

KUANTAN: Penyelam yang dilapor hilang semasa mengikuti aktiviti menyelam di Teluk Genting, Pulau Tioman pada Jumaat ditemui pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Yahaya berkata mayat Mohd Afif Abd Hamid, 28, ditemui kira-kira 9.40 pagi oleh pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim.

"Mayat mangsa ditemui di dasar laut di sekitar lokasi aktiviti selaman yang dilakukan mangsa bersama kumpulannya. Semasa dijumpai, peralatan selaman masih berada di badan mangsa," katanya.

Mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah menyelam bersama 19 orang yang lain kira-kira jam 2 petang sebelum dilaporkan hilang.

Johari berkata aktiviti menyelam tersebut dianjurkan sebuah syarikat dari luar Pahang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Labis: ADUN Tenang Rampas Jawatan Ketua

default image

Tenggara: Adham Menang Selesa

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta