suria

Aidiladha Disambut 15 Oktober

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad pada malam Sabtu.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1434 Hijrah ialah pada 6 Oktober 2013 Masehi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 15 Okt 2013 Masihi," katanya.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). - BERNAMA

Artikel Lain