suria

Pemilihan Umno: Siri Jelajah Perkenal Calon Membosankan

Sohaimi Shahadan
Sohaimi Shahadan
Sohaimi Shahadan

IPOH: Siri jelajah seluruh negara untuk memperkenalkan calon-calon untuk pemilihan Umno yang bermula di sini dianggap satu perkara yang membosankan kecuali sorakan untuk calon naib presiden Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Saya rasa tidak berbaloi datang dari jauh, hanya untuk menunjukkan muka dan kemudian pulang," kata Ketua Pemuda Selayang Datuk Sohaimi Shahadan, yang bertanding untuk kerusi majlis tertinggi.

Kira-kira 100 yang bertanding untuk pelbagai jawatan penting dalam majlis tertinggi, sayap Pemuda, Wanita dan Puetri menghadiri acara di Stadium Indera Mulia di sini, Jumaat.

Beberapa calon mengadu mereka hanya berdiri di atas pentas apabila nama mereka dipanggil untuk keluar.

Mereka merasakan penganjur sekurang-kurangnya boleh membenarkan perwakilan bersemuka dengan calon-calon dan diberi peluang berucap, terutama kepada muka-muka baharu.

Sohaimi berkata, adalah lebih baik jika "sedikit " biodata calon diberikan.

Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin , yang bersaing untuk kerusi exco Wanita berkata walaupun sesi ini adalah cara yang baik untuk perwakilan untuk mengenali calon-calon, sepatutnya aterdapat beberapa kelonggaran untuk kedua-dua belah pihak untuk bertemu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron, bagaimanapun berkata, adalah mustahil untuk semua calon yang memberi ucapan.

"Sudah cukup baik apabila calon-calon berdiri dan menunjukkan muka mereka kepada perwakilan," katanya.

Artikel Lain