suria

Adun Klias Tidak Tahu Agihan Wang RM50, Kupon Kepada Pengundi

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya di sini diberitahu oleh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Lajim Ukin bahawa beliau tidak tahu wang RM50 bersama kupon bernilai RM100 diagihkan kepada pengundi di Klias sebagai insentif untuk mengundinya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Lajim dalam keterangannya di hadapan hakim Datuk Yew Jen Kie pada Jumaat mengakui hanya mengetahui kewujudan amalan itu selepas menerima petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih pada 19 Jun lepas.

"Semua calon (pada sesuatu pilihan raya) tidak harus guna wang atau membuat apa-apa janji yang boleh mencemarkan nama baik parti dan pemimpin (calon) berkenaan," katanya ketika menjawab soalan peguam mewakili pempetisyen, Muamar Julkarnain.

Lajim, Pengerusi PKR negeri yang memenangi kerusi DUN Klias, dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu dengan Isnin mendakwa berlaku perbuatan rasuah serta penggunaan bahan kempen yang tidak memaparkan nama pencetak semasa kempen pilihan raya di kawasan berkenaan.

Artikel Lain