suria

Pokok Terbakar Akibat Terkena Serpihan Bunga Api

PUTRAJAYA: Serpihan bunga api yang jatuh ketika berlangsungnya Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 mengakibatkan beberapa pokok terbakar di sini.

Pokok-pokok yang terbakar terletak di tepi tasik di sini, dan boleh dilihat oleh penonton dari tasik sebelah sana.

Ahli bomba mengambil masa 10 minit untuk tiba kerana kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut disebabkan orang ramai meninggalkan kawasan itu selepas persembahan tamat.

Trak bomba menghadapi kesukaran untuk tiba di tempat kebakaran kerana kesesakan serta kawasan semak yang tebal di sekitar kawasan yang terjejas, tetapi akhirnya berjaya memadamkan api.

Artikel Berikut

Artikel Lain