suria

Bacaan Kedua 12 Rang Undang-Undang Ditangguh

KUALA LUMPUR: Kesemua 12 rang undang-undang yang dijadual untuk dibacakan kali kedua pada Persidangan Dewan Rakyat kali ini ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Usul penangguhan itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Ia membabitkan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013.

Selain itu, ia juga membabitkan Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia)(Pengesahan) 2013; dan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013.

Penangguhan itu adalah mengikut peruntukan 62 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan seorang menteri menarik balik atau menangguhkan sesuatu rang undang-undang di bawah tanggungjawabnya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain