suria

Ujian Kehamilan Pelatih Wanita PLKN Tidak Akan Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan tidak akan membatalkan ujian kehamilan kepada pelatih wanita yang akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu telah dikaji secara mendalam berkaitan aspek sensitiviti dan hak privasi pelatih yang akan menjalani ujian kehamilan.

Beliau berkata kajian yang dibuat sebuah jawatankuasa khas diketuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpendapat kelangsungan hidup ibu dan bayi yang dikandung lebih penting serta mengatasi hak privasi pelatih wanita.

Hishammuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang bertanya adakah kementerian telah mengenal pasti kesan negatif yang timbul dengan pelaksanaan ujian berkenaan.

Pelaksanaan ujian kehamilan ke atas pelatih wanita PLKN telah diputuskan Jemaah Menteri yang bermesyuarat 12 Julai lepas. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain