Mesyuarat PAC 21 Oktober Tentukan Projek, Kementerian Salah Guna Kuasa - Semasa | mStar

Mesyuarat PAC 21 Oktober Tentukan Projek, Kementerian Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan bermesyuarat pada 21 Oktober ini bagi menentukan projek atau kementerian yang bakal dipanggil bagi memberi keterangan terhadap projek yang dikenal pasti berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang dalam Dewan Rakyat, Selasa, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti segala maklumat sebelum memulakan proses inkuiri.

"Bagi kita masa. PAC juga baru bermesyuarat semalam dan sudah pasti kita akan memanggil kakitangan kerajaan yang terbabit bagi memberikan keterangan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Nur Jazlan berkata cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya satu jawatankuasa dibentuk kerana merasakan PAC tidak efisien adalah satu pandangan yang menghina institusi Parlimen.

"Mengikut cadangannya (Lim Guan Eng), jawatankuasa berkenaan dianggotai Perdana Menteri, Ketua Pembangkang serta Ketua Audit Negara dan bagaimana status jawatankuasa ini. (Ini adalah) kerana PAC boleh menyiasat badan eksekutif dan jika Perdana Menteri menganggotainya bagaimana jawatankuasa berkenaan mahu menjadi sebuah badan bebas," tambahnya.

Nur Jazlan berkata meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras dalam memastikan isu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan dibanteras, ia tidak boleh dilaksana dalam sekelip mata.

Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 adalah bukti kesungguhan Perdana Menteri dalam membanteras perkara itu, selain Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang tiga kali setahun pada setiap sidang Dewan Rakyat berbanding hanya sekali sebelum ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Obama Tangguh Datang Ke Malaysia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Spurs pecat Pochettino!