suria

Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus Baharu Meletakkan Malaysia Di Peta Antarabangsa - PM

TIBA…Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Presiden dan CEO Airbus, Fabrice Bregier di Pelancaran SAE Regional MRO Center Sepang Aircraft Engineering di KLIA, Sepang, Rabu. SAE dan dan EADS (France) telah beroperasi menyelenggara pesawat Airbus Air Asia dengan kepakaran tempatan. -fotoBERNAMA

SEPANG: Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus yang baharu akan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa sebagai pusat untuk perkhidmatan kejuruteraan aeroangkasa khusus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu.

Pusat itu, terletak bersebelahan kemudahan Kejuruteraan Pesawat Sepang (SAE), mewakili peluasan jaringan global dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih pesawat penting khusus 24 jam.

Pejabat sedia ada yang menawarkan perkhidmatan ini terletak di Toulouse, Hamburg, Wichita dan Beijing.

Bercakap pada majlis pembinaan hangar kedua di kemudahan SAE di sini Rabu, Najib berkata Malaysia ialah antara tiga negara terkemuka di Asia Pasifik untuk pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi perkhidmatan.

Hangar itu ialah usaha sama antara Airbus dan SAE, sekali gus menandakan peluasan tapaknya di Asia Tenggara.

Najib berkata: "Kita telah berjaya kekal berdaya saing kerana jumlah perniagaan di rantau ini, diikuti dengan kelebihan kita menceburi lebih awal ke dalam sektor ini dan khusus dalam modal insan pada kadar yang lebih kompetitif.

"Kedudukan kos kita yang tiada tandingan menjadi daya tarikan berkuasa kepada para pelanggan syarikat penerbangan. Malaysia juga telah mengenal pasti perniagaan MRO sebagai antara sektor dalam Perkhidmatan Perniagaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," kata beliau.

Perdana Menteri berkata NKEA mewakili pemangkin penting untuk pembangunan Malaysia ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Sektor MRO diunjurkan berkembang 10 peratus setiap tahun dan projek-projek baharu dijangka mewujudkan 20,000 pekerjaan di dalam negara, kata beliau.

"Tahun ini sasaran pendapatan Projek Permulaan kita ialah RM380 juta daripada rangkaian pengurusan teknikal dan RM2.4 bilion daripada MRO kerangka pesawat udara," kata beliau.

Najib berkata beberapa inisiatif telah pun dijalankan untuk memajukan ekosistem MRO. Beliau berkata terdapatnya perkembangan hebat dalam infrastruktur lapangan terbang Malaysia, ketersediaan tanah dan pewujudan persekitaran operasi yang lebih kondusif menerusi peraturan cukai dan penerbangan awam yang ditambah baik.

"Ini, kita yakin akan terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk MRO.

"Aspirasinya ialah untuk menguasai lima peratus daripada penguasaan pasaran dunia perniagaan MRO. Sehubungan itu, kerajaan akan memberi sokongan padu dalam usaha mencapai hasrat ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain