suria

Bekas MP Dakwa Guru Tampar Anak Saudara. Mengakibatkan Gegendang Retak

GEORGE TOWN: Bekas anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng pada Rabu membuat laporan polis mendakwa guru sebuah sekolah di sini menampar anak saudaranya pada Selasa, menyebabkan gegendangnya retak.

Beliau berkata guru lelaki berusia 40-an itu marah kerana anak saudaranya itu, Tan Xin Ren, 11, didakwa berbual dalam kelas dan tidak memberi tumpuan dan telah menamparnya selepas memintanya menemuinya selepas waktu persekolahan.

Pemeriksaan doktor di Hospital Island di sini mengesahkan gegendang telinga kiri anak saudaranya retak dan pendengarannya terjejas, katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Katanya laporan telah dibuat di Balai Polis Tanjong Tokong dan beliau akan membawa anak saudaranya itu ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Tan berkata sekiranya anak saudaranya nakal, guru terbabit sepatutnya mengambil pendekatan berhemah untuk mendidik pelajar mereka. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain