suria

Bayi Enam Bulan Maut Tersedak Susu

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut tersedak selepas diberi susu oleh ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari Selasa, di rumahnya di Bandar Mahkota, Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata Lai Kim Hui diberikan susu botol sebelum ditinggalkan ibunya di dalam buaian jenis duduk.

"Ibu bayi itu kemudiannya melakukan kerja harian mengemas rumah dan sebagainya.

"Bayi itu hanya disedari tersedak susu selepas ibunya melihat air susu meleleh keluar dari mulutnya dan menghubungi suami memaklumkan kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Ab Rashid berkata pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain