suria

Pemilihan MCA: Ketua Biro Pendidikan Umum Tanding Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Chong Sin Woon akan bertanding jawatan ketua Pemuda MCA pada pemilihan parti pada bulan Disember.

Dengan slogan pilihan raya "Make a Difference" (Lakukan Perubahan) Chong berkata beliau mahu membawa perubahan untuk memulihkan parti.

"Berdasarkan pengalaman dan kemampuan saya, saya yakin dapat mengetuai sayap," katanya, Isnin.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli biasa yang bekerja keras untuk parti, Chong menggesa ahli parti untuk memberinya peluang.

"Saya boleh bekerja dengan mana-mana pemimpin parti. Jangan labelkan saya dipunyai oleh mana-mana pihak. Saya tidak mendapatkan sokongan daripada mana-mana pemimpin parti untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda," kata ketua Pemuda MCA Pandan ini.

Chong, 39, menyertai parti pada tahun 2001.

Chong adalah orang pertama yang mengumumkan beliau akan bertanding jawatan itu.

Sementara itu Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya kerana melebihi had umur.

Undang-undang dalam sayap yang dipinda menetapkan had umur kepada 40 daripada 45 sebelumnya. Dr Wee berusia 45 tahun pada tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Bahagian Kedah Sokong Soi Lek

Artikel Lain