suria

Kumpulan Bantah Pindaan Akta Pencegahan Jenayah di Parlimen

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 orang ahli 'Gerakan Tolak ISA 2.0' yang pembantah pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) cuba membuat kecoh di Bangunan Parlimen apabila mereka duduk di atas lantai serta mendesak untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri. Kumpulan berkenaan berkumpul di pintu pagar bangunan Parlimen.

Mereka mendakwa akta berkenaan bertentangan denga hak asasi manusia kerana ia membenarkan tahanan tanpa perbicaraan yang dikaitkan sebagai Akta Keselamatan Negeri yang kedua.

Kira-kira 10 penunjuk perasaan menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Kementerian Menteri Dalam Negeri Muhammad Sade serta Pegawai Khas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Zaihan Thambi yang meminta agar akta tersebut di tarik balik.

Kumpulan tersebut turut bertemu dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Saya akan bincang kandungan memorandum tersebut dengan menteri. Saya tidak mahu ulas mengenai pembentangan akta tersebut kerana bukan saya seorang yang membuat keputusan," katanya.

Sementara itu, Ahli Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata: "Mereka (kerajaan) harus membuat perubahan dalam PCA."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Bahagian Kedah Sokong Soi Lek

Artikel Lain