suria

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) selepas dibahaskan dalam peringkat jawatankuasa sejak Rabu lepas.

Rang Undang-undang itu memperuntuk wang tambahan sebanyak RM14,125,580,900 kepada beberapa kementerian sebagai perbelanjaan mengurus tambahan pertama.

Kementerian terbabit ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr James Dawos Mamit yang mewakili Menteri Pelancongan dan Kebudayaan membentangkan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 untuk bacaan kali pertama. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Bahagian Kedah Sokong Soi Lek

Artikel Lain