suria

Keadaan Annuar Musa Tidak Serius

Annuar Musa
Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Cakap-cakap yang mendakwa Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kini berada dalam keadaan serius akibat denggi adalah tidak benar.

Menafikan dakwaan tersebut, isterinya, Puan Sri Rosniah Ab Rah-man bagaimanapun berkata keadaan suaminya ketika ini masih lemah namun berada dalam keadaan yang stabil.

"Kiraan platelet beliau telah menurun sejak dimasukkan ke hospital pada hari Khamis lalu. Doktor yang merawatnya berkata beliau selamat selagi tidak berlaku pendarahan.

"Keadaan badannya dijangka pulih dalam masa beberapa hari akan datang," kata Rosniah ketika ditemui di Unit Penjagaan Kritikal Hospital Kuala Lumpur, pada Ahad.

Tambah beliau, Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) ditempatkan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) untuk pemantauan dan bukannya disebabkan beliau berada dalam keadaan kritikal.

Artikel Lain