suria

Pucuk Pimpinan DAP: Zairil Wakil Tunggal Melayu Dalam CEC

Guan Eng (duduk lima, kanan), Karpal Singh (duduk empat, kanan) dan Kit Siang (duduk tiga, kanan) bergambar bersama anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baru pada Kongres Khas DAP di Petaling Jaya, Ahad. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

PETALING JAYA: Keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tetap menyaksikan calon Melayu tiada tempat dalam parti itu apabila hanya seorang wakil dipilih menyertai kepimpinan tertinggi DAP pada pemilihan semula pada Ahad.

Keputusan pemilihan menyaksikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menduduki tempat ke-12 dengan memperoleh 1,132 undi.

Zairil berjaya meningkatkan kedudukannya kali ini berbanding pemilihan parti itu Disember lalu apabila beliau hanya berada pada tangga ke-20.

Selain itu keputusan pemilihan semula ini yang diumumkan kira-kira pukul 8.15 malam Ahad turut tidak menunjukkan sebarang kejutan apabila perwakilan mengekalkan senarai 20 calon yang sama seperti pemilihan yang lalu.

Bagaimanapun keputusan hanya menyaksikan perubahan dari segi jumlah undi yang diperoleh pemimpin-pemimpin berkenaan.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berjaya menafikan penguasaan keluarga Lim Kit Siang apabila beliau berada di kedudukan pertama dengan memperoleh undi tertinggi iaitu 1,438 undi.

Sebaliknya Kit Siang hanya berada pada tangga kedua dengan undi sebanyak 1,436.

Guan Eng bagaimanapun hanya berada di tangga kelima apabila mendapat 1,304 undi dibelakang Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dengan 1,409 undi.

Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mendahului Gobind apabila berada di tangga ketiga dengan memperoleh 1,421 undi.

Berikut adalah keputusan pemilihan semula CEC yang diadakan di One World Hotel di sini pada Ahad:

1. Liew Chin Tong - 1,438

2. Lim Kit Siang - 1,436

3. Karpal Singh - 1,421

4. Gobind Singh - 1,409

5. Lim Guan Eng - 1,304

6. Chong Chieng Jen - 1,294

7. Anthony Loke Siew Fook - 1,263

8. Chow Kon Yeow - 1,203

9. Fong Kui Lun - 1,193

10. Teng Chang Khim - 1,164

11. Tony Pua - 1,158

12. Zairil Khir Johari - 1,132

13. Teresa Kok - 1,127

14. Chong Eng - 1,111

15. M. Kulasegaran - 1,088

16. Tan Kok Wai - 1,088

17. Teo Nie Ching - 1,081

18. Boo Cheng Hau - 961

19. Nga Kor Ming - 956

20. Ngeh Koo Ham - 809

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain