suria

Polis Tahan Seorang Lelaki Didakwa Perogol 'Gila Seks'

BATU GAJAH: Polis menahan seorang lelaki 'gila seks' berhampiran Taman Batu Gajah Perdana, berikutan empat laporan kes rogol dan cubaan rogol di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Assisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, lelaki berusia 28 tahun, yang merupakan seorang bekas mekanik bengkel tayar ditahan di rumahnya pada kira-kira pukul 3.45 petang Sabtu.

Shaharon Anuar berkata, lelaki itu didakwa cuba untuk merogol tiga remaja dan seorang wanita, antara 11 dan 27 September.

"Lelaki itu telah meliwat seorang remaja berumur 13 tahun dekat Kota Baru, Gopeng pada 21 September dan seorang lagi berusia 16 tahun di tanah perkuburan Mendiling pada 25 September," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain