suria

Pemilihan CEC DAP: 19 Calon Ditarik Keluar

PETALING JAYA: Sembilan belas daripada 68 calon yang bertanding untuk jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP telah ditarik keluar daripada pemilihan baru.

Seramai 17 orang secara sukarela menarik diri dan dua orang keluar parti.

Antara mereka yang secara sukarela menarik diri adalah Er Teck Hwa, naib pengerusi DAP Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, R.S.N Rayer.

Calon Hiew King Cheu dan John Fernandez keluar parti.

Jagdeep dan Rayer sebelum ini menyatakan mereka tidak mahu bertanding "demi perpaduan".

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Ng Wei Aik yang juga Ketua Pemuda DAP Pulau Pinang menggesa perwakilan untuk tidak mengundi beliau kerana beliau merasakan adalah penting bahawa orang-orang yang telah dipilih pada Disember lalu perlu dipilih lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain