suria

Enam Warga Filipina Ditahan Cuba Masuki Sabah

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan enam pendatang asing warga Filipina yang cuba memasuki Sabah dengan sebuah bot laju di perairan Sandakan, berhampiran Pulau Nunuyan, malam tadi.

Komander PPM Wilayah Sabah Mohamad Madun berkata mereka berumur antara enam hingga 45 tahun, termasuk tiga wanita. "Kesemua mereka dikesan menaiki bot laju menuju Pulau Nunuyan sebelum diburu sepasukan tiga anggota PPM yang menjalankan rondaan Ops Pensura di kawasan perairan tersebut," menurutnya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Mohamad berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka datang dari kepulauan Filipina berhampiran dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua tahanan dibawa ke pangkalan markas operasi PPM untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Turut ditahan seorang juragan berserta bot lajunya berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain