suria

Kabinet Tidak Pernah Bincang Kenaikan Harga Minyak - Muhyiddin

BENTONG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa spekulasi kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol RON 95 adalah tidak benar.

"Saya boleh sahkan, tiada kenaikan (harga minyak). Siapa juga yang menyebarkan maklumat ini, ia tidak benar.

"Kerajaan tidak pernah membuat keputusan berhubung perkara ini, Kabinet juga tidak pernah membincangkan mengenai perkara ini. Oleh itu harganya kekal, tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri stimulasi pemilihan Umno di Janda Baik di sini pada Sabtu.

Beliau turut menegur pihak yang menyebarkan khabar angin sedemikian.

Awal bulan ini, harga minyak petrol naik sebanyak 20 sen daripada RM1.90 kepada RM2.10 sementara diesel pula naik daripada RM1.80 kepada RM2.00 seliter.

Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain