Ibu Tunggal Mengaku Tidak Bersalah Tiga Pertuduhan Rasuah - Semasa | mStar

Ibu Tunggal Mengaku Tidak Bersalah Tiga Pertuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan rasuah berhubung pembelian rumah di Cheras.

Bagi pertuduhan pertama, Choo Huai Yee, 42, penolong pegawai pemasaran di syarikat pemaju hartanah Mahajaya Management Sdn Bhd, didakwa secara rasuah meminta RM2,500 daripada Muhammad Yahya Mohd Rashid, 29.

Ia sebagai dorongan untuk membantu mengelak wang deposit RM5,000 dipotong dan mempercepat proses pemulangan semula deposit bagi pembelian rumah unit 3CDS-32 di Bandar Damai Perdana, Cheras di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Jualan 2A, Jalan Damai Perdana 9/2F, Bandar Damai Perdana, Cheras, pada 3.30 petang, 6 Dis 2011, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000, jika sabit kesalahan.

Choo juga didakwa memperoleh daripada Muhammad Yahya suapan RM500 bagi tujuan sama, pada 3.30 petang, 6 Disember 2011 manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memperoleh wang tunai RM2,000 daripada Lim Yeoh Min, 43, bagi tujuan sama, pada 6.10 petang, 11 Januari 2012.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000, jika sabit kesalahan.

Muhammad Yahya dan Lim merupakan anggota SPRM yang menyamar sebagai pembeli ketika berurusan dengan tertuduh. Tindakan itu dibuat selepas menerima aduan orang awam.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Mohd Firdaus Abu Hanipah menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Mohd Shamril Afzan Mohamad Hasim, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya perlu menyara dua anak yang bersekolah dan masih tinggal bersama keluarga.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membenarkan Choo diikat jamin RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 23 Oktober untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Insafi Nasib Malang Rakyat Syria - Dr Mahathir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain