suria

Pusat Jagaan Tidak Berdaftar: Pengerusi Kewaja Ditahan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja) pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menjalankan aktiviti pusat jagaan tidak berdaftar pada tahun lepas.

Yahya Mohamed Yusof, 50, yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir pada prosiding sebelum ini, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibaca kepadanya di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Yahya didakwa menjalankan aktiviti pusat jagaan yang tidak berdaftar dikenali Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja di kawasan Lot 1678-1/E, Lot 1678-1/G dan Lot 1678-1/H, Lorong Sungai Mulia 5, Kampung Sungai Mulia, Sentul, di sini pada 10.20 pagi 9 November tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(2) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh diwakili peguam Elia Zuraini Mat Zin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain