Ops Cantas Khas: Polis Rampas Empat Laras Senapang Angin Buatan Sendiri - Semasa | mStar

Ops Cantas Khas: Polis Rampas Empat Laras Senapang Angin Buatan Sendiri

TANAH MERAH: Polis merampas empat laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di bawah Ops Cantas Khas di sebuah pondok di Kampung Batu 5 1/2, Bendang Nyior pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Aziz Mahmud berkata dalam serbuan kira-kira 3.30 pagi itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai pemilik senapang berkenaan.

Beliau berkata polis turut menemui cecair jenis 'spirit' yang dipercayai digunakan bagi menggerakkan biji guli sebagai peluru.

"Bagaimanapun, seorang rakan suspek, yang merupakan warga Thailand, berjaya meloloskan diri ketika serbuan dilakukan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Aziz berkata suspek dipercayai mempelajari ilmu membuat senapang daripada rakannya yang melarikan diri dalam serbuan itu.

"Hasil maklumat yang diperoleh, senapang itu dijual antara RM300 dan RM350 selaras, dan ia digunakan antaranya untuk memburu binatang.

"Hasil ujian yang dilakukan, senjata itu mampu menembusi sekeping papan walaupun digunakan dari jarak 20 meter dan mampu mencederakan orang," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain