suria

Kerajaan Peruntuk RM1 Bilion Bantu Usahawan Bumiputera - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin Yassin.

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi membantu usahawan Bumiputera terutama mereka di kawasan luar bandar, menerusi Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana itu akan diuruskan oleh Tekun Nasional sebanyak RM700 juta dan Amanah Ikhtiar Malaysia dengan RM300 juta.

Beliau berkata, Kerajaan menerusi dua agensi tersebut sehingga kini membelanjakan RM12.1 bilion dalam membantu 686,000 usahawan tempatan.

"Daripada jumlah itu, 565,000 (penerima) atau 82 peratus daripada usahawan itu dari kawasan luar bandar.

"Selagi kerajaan Barisan Nasional memerintah, kita tidak akan meminggirkan masyarakat Bumiputera," katanya pada Karnival Usahawan Desa (KUD) di sini, Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain