Johor Kaji Semula Caj Bekalan Air Mentah Ke Singapura - Semasa | mStar

Johor Kaji Semula Caj Bekalan Air Mentah Ke Singapura

JOHOR BARU: Johor akan mengkaji semula caj bekalan air mentah ke Singapura yang masih belum dinaikkan sejak 52 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohamad berkata Johor mahu meningkatkan pendapatannya dan sedang meneliti perjanjian bekalan airnya dengan Singapura, Melaka dan Syarikat Air Johor (SAJ).

Menurut Hasni, setiap bulan Johor menerima bayaran RM1.2 juta dari SAJ dan RM230,000 dari kerajaan Melaka manakala Public Utilities Board (PUB), Singapura membayar RM200,000.

Beliau berkata, berdasarkan Perjanjian Malaysia-Singapura pada 1961 dan 1962, PUB membeli air pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen (4,546.09 liter) air mentah dan menjual air terawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen kepada Johor.

"Singapura menerima 250 juta gelen air mentah dari kita manakala kita hanya menerima 16 juta gelen air terawat daripada Singapura setiap hari. Kita telah membawa hujah bagi kenaikan harga ini kepada kerajaan Pusat yang akan membawa perkara berkenaan kepada Singapura," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd di Bangunan Sultan Ibrahim sini Rabu.

Bagaimanapun, Hasni berkata terpulang kepada kerajaan Pusat untuk menaikkan atau tidak harga bekalan air mentah kepada Singapura.

"Diharapkan tiada masalah apabila Malaysia membincangkan perkara ini dengan pihak Singapura dan kerajaan negeri percaya ia dapat diselesaikan akhir tahun ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain