suria

CEO Maybank Investment Bank Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank (IB) mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Tengku Datuk Zafrul Tengku Aziz, meletak jawatan.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Tengku Zafrul atas sumbangan beliau sepanjang tiga tahun bersama Maybank IB, termasuk penyepaduan Kim Eng Securities dalam Kumpulan itu," kata Pengerusi Maybank IB Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor menerusi satu kenyataan pada Selasa.

"Beliau memilih untuk memilih tempat lain dan kami yakin menerusi asas yang dibangunkannya, francais Maybank Kim Eng kini kukuh dan kompetitif di rantau ini," katanya.

Megat Zaharuddin turut mengumumkan John Chong, yang kini berkhidmat sebagai Timbalan CEO Maybank IB dan Ketua Perbankan Pelaburan dan Nasihat bagi operasinya di Malaysia, akan mengambil alih jawatan Pegawai Bertanggungjawab sementara untuk Maybank IB dan Maybank Kim Eng. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain