suria

Cederakan Pegawai Jabatan Penjara: Tiga Lelaki Ditahan Reman

LABUAN: Tiga lelaki yang disyaki mencederakan seorang pegawai Jabatan Penjara dengan parang dalam satu pergaduhan di Taman Perumahan Mutiara Bedaun di sini baru-baru ini, ditahan reman dua minggu mulai 18 September lepas.

Ketua Polis Labuan Penguasa Adzhar Othman berkata kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan akan dihadap ke mahkamah selepas tempoh tahanan reman mereka berakhir.

Beliau memaklumkan Bernama bahawa suspek, yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an, ditahan pada kira-kira 9 malam 17 September selepas polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan di taman perumahan itu.

Dalam kejadian itu, suspek yang dilaporkan mabuk, dipercayai menimbulkan kekecohan di kawasan perumahan berkenaan.

Katanya, mangsa kebetulan melintasi kediaman suspek dan ini telah mencetuskan pergaduhan sehingga menyebabkan mereka mencederakannya dengan parang. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain