suria

Azman Hashim Terima Anugerah 'Jewels Of The Muslim World'

KUALA LUMPUR: AmBank Group Tan Sri Azman Hashim pada Rabu menerima Anugerah 'Jewels of the Muslim World' sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau kepada dunia Islam di OIC World BIZ 2013 anjuran OIC Today Magazine.

"Saya berbesar hati menerima anugerah ini yang menjadi bukti kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AmIslamic, yang merupakan jenama bagi semua penyelesaian kewangan Islam bagi AmBank Group.

"Ia memberikan saya galakan untuk bekerja lebih gigih ke arah meningkatkan penawaran kami yang kini selaras dengan strategi baharu pemantapan jenama kami - Bank Anda, Bank Malaysia, AmBank," kata Azman dalam satu kenyataan.

Azman menerima anugerah itu daripada Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada satu majlis anugerah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Beliau adalah antara 10 tokoh terkenal dan cemerlang dalam bidang mereka yang menerima anugerah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain