Polis Buru Lelaki Rakyat Indonesia Disyaki Membunuh - Semasa | mStar

Polis Buru Lelaki Rakyat Indonesia Disyaki Membunuh

TAWAU: Polis ingin mencari seorang lelaki Indonesia bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pemandu lori di sebuah kem pembalakan di Km38, Jalan Kalabakan-Keningau, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Keong Ho Eng berkata suspek yang dikenali sebagai Mamat La'ane, 37, dikehendaki kerana dipercayai boleh membantu siasatan kes pembunuhan rakan sekerjanya, Roslan Nurdin, 35.

"Kami percaya Mamat yang berbangsa Butun masih berada di Tawau. Sesiapa yang mengenalinya diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Keong berkata pada hari kejadian mangsa dilihat rakan sekerjanya berlari ke kilang papan dengan kepala dan badannya berlumuran darah sebelum rebah dan meninggal dunia sebaik tiba di kilang itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tengkorak kepala di bahagian dahi mangsa retak manakala bahagian pinggang sebelah kanan dan pangkal pahanya cedera parah akibat terkena senjata tajam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Koperal Zal-Azri

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"