suria

Khairi Tarik Diri Tanding Ketua Umno Bahagian Padang Besar

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia Perlis, Khairi Hasan menarik diri bertanding jawatan Ketua Umno bahagian Padang Besar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapati Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang tidak mencabar Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi kerusi Presiden Umno.

Ketika dihubungi Bernama pada Isnin malam, Khairi berkata, sebelum ini beliau membuat keputusan mencabar Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin setelah mendapati pemimpin itu dilaporkan menyokong Tengku Razaleigh bertanding jawatan presiden Umno.

"Apabila Ku Li tidak mencabar Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno, bahagian Padang Besar tidak berpecah untuk menentukan kepimpinan tertinggi parti.

"Sebagai janji, saya dengan rendah diri menarik diri untuk bertanding sebagai Ketua Umno bahagian Padang Besar," katanya.

Artikel Lain